Langkah-Langkah Menggunakan Sistem eMBJ JKKP Sarawak

Sistem e-MBJ telah dibangunkan untuk memudahkan semua pegawai JKKP Sarawak (termasuk Pejabat Cawangan Miri, Sibu & Bintulu) memberi cadangan, aduan dan maklumbalas mengenai isu-isu wakil pekerja secara terus dengan menggunakan sistem pangkalan data. Langkah-langkah menggunakan Sistem eMBJ ini adalah seperti berikut:

1. Paparan utama Sistem eMBJ (MBJ adalah singkatan kepada Majlis Bersama Jabatan).

2. Masukkan Login ID sebagai JKKP Sarawak dan masukkan Kata Laluan masing-masing, kemudian Klik Butang Log Masuk.

3. Paparan Menu Pilihan akan terpapar. Untuk ke Borang Aduan/Cadangan Wakil Pekerja (Kod Borang: WP-01), sila pilih dan kemudian Klik Butang Seterusnya.

4. Ini adalah Borang Aduan/Cadangan Wakil Pekerja JKKP Sarawak. Pada ruang Nama Pegawai saya tidak menggunakan ComboBox bagi memudahkan sesiapa sahaja pegawai memberi cadangan atau aduan berkali-kali. Selepas melengkapkan ruangan Nama pegawai, Jawatan, Gred dan Maklumat Aduan/Cadangan, klik Butang Simpan. Butang Tambah digunakan untuk menambah maklumat aduan / cadangan. Seterusnya Klik Butang Menu Pilihan untuk kembali kepada pilihan Menu.

5. Satu jenis borang yang telah dibuat oleh Wakil Pekerja MBJ Sesi 2014 adalah Borang Maklumat Permohonan Pindah Pegaawai (Kod borang: WP-02). Untuk pergi ke borang tersebut, sila pilih dan klik Butang Seterusnya.

6. Borang Maklumat Permohonan Pindah Pegawai ini bertujuan mendapatkan data peratusan pegawai yang ingin memohon berpindah ke wilayah asal. Oleh yang demikian, pegawai JKKP Sarawak yang berhajat untuk berpindah bolehlah mengisi maklumat ke dalam borang yang disediakan oleh pihak Wakil Pekerja ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Langkah-langkah Menggunakan Sistem ePIC JKKP Sarawak

Pada mulanya hanya pangkalan data (database) sahaja dibuat untuk mendapatkan maklumat PIC masing-masing bagi semua pegawai di JKKP Sarawak. Akan tetapi setelah ditambah baik, pangkalan data tersebut kemudiannya ditukarkan menjadi sebuah sistem yang ringkas, mesra pengguna dan berfungsi (function). Berikut adalah langkah-langkah menggunakan Sistem ePIC tersebut.
(Nota: Untuk sharing PC di JKKP Sarawak sahaja).

1. Paparan pertama yang akan terpapar selepas anda mengklik sistem tersebut dalam sharing folder (Public).

2. Untuk mengemaskini Senarai PIC masing-masing, sila buat pilihan Senarai PIC JKKP Sarawak, kemudian klik Butang Seterusnya.

3. Ini bahagian yang penting. Bagaimana nak kemaskini maklumat masing-masing? Caranya mudah sahaja. Pertama sekali, klik Butang Tambah. Kemudian pilih Nama Pegawai dan isi Senarai PIC masing-masing. Selepas itu baru lah klik Butang Simpan. Untuk ke Menu utama sila klik Butang Menu.

4. Paparan Menu akan terpapar seperti biasa. Sila buat pilihan Carian Senarai PIC JKKP Sarawak dan klik Butang Seterusnya.

5. Ini adalah senarai PIC keseluruhan yang telah mengemaskini senarai PIC masing-masing. Sekiranya anda hendak menyemak Senarai PIC anda sendiri sila ke bahagian Nama Pegawai dan pilih nama anda.

6. Sebagai contoh, saya memilih nama Fatimah Binti Manan. Kemudian klik Butang Carian.

7. Paparan sebegini akan terpapar. Scroll ke kanan lagi untuk melihat senarai PIC lagi untuk Fatimah Binti Manan. Sekian, selamat mengemaskini Senarai PIC masing-masing.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS