Pada mulanya hanya pangkalan data (database) sahaja dibuat untuk mendapatkan maklumat PIC masing-masing bagi semua pegawai di JKKP Sarawak. Akan tetapi setelah ditambah baik, pangkalan data tersebut kemudiannya ditukarkan menjadi sebuah sistem yang ringkas, mesra pengguna dan berfungsi (function). Berikut adalah langkah-langkah menggunakan Sistem ePIC tersebut.
(Nota: Untuk sharing PC di JKKP Sarawak sahaja).
1. Paparan pertama yang akan terpapar selepas anda mengklik sistem tersebut dalam sharing folder (Public).
2. Untuk mengemaskini Senarai PIC masing-masing, sila buat pilihan Senarai PIC JKKP Sarawak, kemudian klik Butang Seterusnya.
3. Ini bahagian yang penting. Bagaimana nak kemaskini maklumat masing-masing? Caranya mudah sahaja. Pertama sekali, klik Butang Tambah. Kemudian pilih Nama Pegawai dan isi Senarai PIC masing-masing. Selepas itu baru lah klik Butang Simpan. Untuk ke Menu utama sila klik Butang Menu.
4. Paparan Menu akan terpapar seperti biasa. Sila buat pilihan Carian Senarai PIC JKKP Sarawak dan klik Butang Seterusnya.
5. Ini adalah senarai PIC keseluruhan yang telah mengemaskini senarai PIC masing-masing. Sekiranya anda hendak menyemak Senarai PIC anda sendiri sila ke bahagian Nama Pegawai dan pilih nama anda.
6. Sebagai contoh, saya memilih nama Fatimah Binti Manan. Kemudian klik Butang Carian.
7. Paparan sebegini akan terpapar. Scroll ke kanan lagi untuk melihat senarai PIC lagi untuk Fatimah Binti Manan. Sekian, selamat mengemaskini Senarai PIC masing-masing.
0 comments:
Post a Comment