Langkah-Langkah Menggunakan SMBF2 Support

Sistem SMBF2 Support telahpun digunakan di JKKP Sarawak bermula 17 September 2013. Sistem ini boleh diakses oleh semua pegawai  termasuk di Pejabat-Pejabat JKKP Cawangan Miri, Sibu dan Bintulu untuk melaporkan segala permasalahan yang berkaitan SMBF2 bagi menggantikan kaedah pelaporan masalah SMBF2 yang digunapakai sebelum ini, iaitu dengan menggunakan emel, telefon dan sebagainya.

Langkah-Langkah Menggunakan SMBF2 Support adalah seperti di bawah:


1. Pergi ke http://smbf2support.dosh.gov.my/portal dan paparan di atas akan terpapar.


2. Masukkan Emel Jabatan dan kemudian klik Butang ‘Login’.


3. Kemaskini Profail (Edit Profile) untuk pengguna baru. Klik link ‘upload photo’ untuk memuatnaik gambar.


4. Klik butang ‘Browse’ dan pilih lokasi gambar pengguna yang diingini.


 5. Seterusnya, klik Butang ‘Upload’ dan kemudian klik Butang ‘Save’.


 6. Paparan tersebut akan terpapar sebaik sahaja pofail telahpun dikemaskini.


7. Untuk melaporkan permasalahan, sila pilih States sebagai ‘SW’ dan masukkan Subject beserta Description, iaitu permasalahan berkaitan SMBF2 yang ingin dilaporkan.


8. Sekiranya ingin menyertakan attachment, sila klik butang ‘Browse’ seterusnya klik butang ‘Submit’.


9. Nombor tiket akan terjana sebaik sahaja masalah telah dilaporkan. Simpan nombor tiket tersebut untuk rujukan (Masalah telah dilaporkan kepada First-Level Support iaitu Unit IT JKKP Sarawak). Sekiranya pengguna ingin mengemaskini berkaitan permasalahan tersebut, boleh mengisi bahagian Add comment dan seterusnya klik Butang ‘Submit Comment’.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment