How Secure Is My Password?

Hari ini saya akan berkongsi bagaimana caranya untuk mendapatkan Kata Laluan yang betul-betul secure untuk mengelakkan Kata Laluan anda dipecah masuk oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Terima kasih kepada Norazira Awang (STM Ibu Pejabat JKKP) kerana berkongsi laman web ini dengan saya. 


1. Lawati laman web https://howsecureismypassword.net/ untuk menguji Kata Laluan masing-masing, samaada secure atau tidak. 


2. Masukkan kata laluan anda untuk semakan. Saya bagi contoh salah satu kata laluan yang tidak selamat, iaitu password. Hasilnya adalah seperti di atas. Jelaslah, sekiranya anda menggunakan kata laluan 'password' sebagai Kata Laluan anda, dengan mudahnya Kata Laluan anda dapat dipecah masuk oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan segera.


3. Manakala, Kata Laluan yang betul-betul secure adalah gabungan antara nombor (0 hingga 9), small letter (contohnya abjad 'a'), capital letter (contohnya abjad 'A'), special character (contohnya @, #, $) dan memiliki panjang sebanyak 16 karakter. Paparan diatas adalah menunjukkan salah satu contoh keputusan Kata Laluan yang betul-betul selamat untuk rujukan anda semua. Sila tukar kata laluan anda sekarang sekiranya anda mendapati Kata Laluan anda tidak selamat dan mudah untuk dipecah masuk. Sila klik sini untuk menyemak Kata Laluan anda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment