Langkah-Langkah Menggunakan Sistem Semakan Bil JKKP Sarawak

Sistem Semakan Bil bukan sahaja akan digunapakai oleh Pegawai Penjana Resit JKKP Sarawak dan Pejabat Cawangan, tetapi juga semua pegawai JKKP Sarawak untuk menyemak status bil yang dijana oleh pegawai. Melalui Sistem Semakan Bil ini, Pegawai Penjana Resit bukan sahaja dapat menyemak bil yang dikeluarkan oleh pegawai secara satu persatu tetapi juga semua status bil seperti  Terima Bayaran, Selesai Proses, Proses Batal dan Status Kosong. Berikut adalah Langkah-Langkah Menggunakan Sistem Semakan Bil JKKP Sarawak:


1. Masukkan Login ID dan Kata Laluan yang diberikan, seterusnya klik Butang Log Masuk.


2. Kemudian, paparan Menu Pilihan akan terpapar.


3. Pilih Jenis Pilihan - Borang Carian Bil dan seterusnya klik Butang Seterusnya.


4. Paparan Borang Carian Bil akan terpapar. Untuk mencari bil secara terus (sebagaimana fungsi dalam SMBF2), klik Butang Cari.


5. Masukkan No Bil yang diingini dan seterusnya klik Butang Find Next. Untuk kembali ke Menu, klik Butang Menu Pilihan.


6. Kemudian pilih Pilihan - Carian Status Bil, dan seterusnya klik Butang Seterusnya.


7. Paparan Borang Carian Status Bil akan terpapar di mana pengguna boleh membuat carian (Advanced Search) berdasarkan Tarikh Mula, Tarikh Akhir, Nama Organisasi, No Bil, Pengeluar dan Status.


8. Sebagai contoh, Tarikh Mula yang dipilih bermula Februari 2014 dan Tarikh Akhir yang dipilih penghujung Februari 2014, dan status adalah Terima Bayaran, seterusnya klik Butang Carian.


9. Hasil carian akan terpapar seperti di atas dalam bentuk Table. Untuk mencetak report secara terus, klik pilihan Butang ‘Terima Bayaran’, ‘Proses Batal’, ‘Selesai Diproses’, ‘Status Kosong’, dan ‘Semua Bil’. Sebagai contoh klik Butang Status Kosong.


10. Paparan di atas akan terpapar setelah pengguna klik Butang Status Kosong. Pengguna boleh mencetak report ini untuk tujuan rujukan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment