Selepas dibentangkan dalam Friday Update JKKP Sarawak bertarikh 28 Februari 2014, Sistem eMBJ JKKP Sarawak ditambahbaik atas komen dan cadangan pegawai JKKP Sarawak untuk menjadikan sistem ini lebih mesra pengguna dan mudah digunakan oleh semua pegawai JKKP Sarawak. Berikut adalah Langkah-Langkah Menggunakan Sistem eMBJ JKKP Sarawak (Versi 2.0):
1. Paparan utama Sistem eMBJ (MBJ adalah singkatan kepada Majlis Bersama Jabatan).
2. Masukkan ID dan Kata Laluan yang diberikan.
3. Paparan Menu Pilihan Sistem eMBJ. Sila pilih Borang Aduan / Cadangan Wakil Pekerja, dan kemudian klik Butang Seterusnya.
4. Paparan Borang Aduan / Cadangan adalah seperti ini. Seterusnya klik Butang Tambah.
5. Selepas klik Butang Tambah paparan borang kosong akan terpapar seperti di atas.
6. Sila isi aduan / cadangan / maklumbalas masing-masing seperti contoh di atas.
7. Kemudian, klik Butang Simpan. Paparan tersebut akan terpapar semula.
8. Seterusnya, pilih Borang Maklumat Permohonan Pindah Pegawai (sekiranya ingin mengemaskini maklumat permohonan pindah pegawai) dan klik Butang Seterusnya.
9. Paparan Borang Maklumat Permohonan Pindah Pegawai ini akan terpapar.
10. Masukkan maklumat permohonan pindah pegawai seperti di atas.
11. Seterusnya, klik Butang Simpan dan paparan di atas akan terpapar. Untuk keluar, pengguna boleh klik Butang Keluar.
0 comments:
Post a Comment