Langkah-Langkah Menggunakan Sistem ePelanggan (Versi 2.0) JKKP Sarawak

Pada tahun lepas, Sistem ePelanggan (Versi 1.0) telah ditambahbaik dengan tambahan pilihan Nama Pegawai dan Seksyen menggunakan combobox. Berkemungkinan besar dalam sedikit masa lagi satu sistem iaitu e-Customer akan dibangunkan bagi menggantikan Sistem ePelanggan tersebut, bersesuaian dengan penyelerasan Borang Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan JKKP Malaysia. Sebelum pelaksanaan Sistem e-Customer tersebut, Sistem ePelanggan masih diteruskan penggunaannya. Disini saya kongsikan Langkah-Langkah Menggunakan Sistem ePelanggan (Versi 2.0):


1. Paparan Log Masuk Sistem ePelanggan.


2. Pegawai Kaunter akan memilih Login ID masing-masing (yang telah ditetapkan oleh administrator).


3. Seterusnya, masukkan Kata Laluan dan klik Butang Log Masuk.


4. Paparan Menu Pilihan akan terpapar.


5. Pegawai boleh membuat pilihan samaada ‘Borang Kepuasan Pelanggan’ ataupun ‘Carian Kepuasan Pelanggan’. Selepas membuat pilihan (sebagai contoh, Borang Kepuasan Pelanggan), klik Butang Seterusnya.


6. Paparan ‘Borang Kepuasan Pelanggan’ untuk pelawat mengisi Borang Penilaian Kepuasan Pelanggan. Klik Butang Tambah.


7. Selepas pelanggan mengisi borang tersebut (seperti contoh di atas), klik Butang Simpan. Seterusnya klik Butang Menu Utama untuk kembali ke Menu.


8. Untuk membuat pilihan ‘Carian Kepuasan Pelanggan’, klik Butang Seterusnya.


9. Paparan Carian Kepuasan Pelanggan. Pegawai kaunter boleh membuat carian berdasarkan Tarikh Mula, Tarikh Akhir, Pegawai Berurusan, Unit/Seksyen ataupun Penilaian Pelanggan (Sangat Memuaskan, Memuaskan dan Tidak Memuaskan). 


Sistem eCustomer akan dibangunkan (dalam masa terdekat) berdasarkan Borang Soal Selidik Kepuasan Pelanggan ini. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment